Mee

Resepi Mee Goreng Mamak 15 Minit

resepi-mee-goreng-mamak-15-minit

Resepi Mee Goreng Mamak 15 Minit

Bahan-Bahan:

Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 1 ulas
Cabai blender (bawang besar + bawang putih + cabai kering + belacan + garam + minyak masak)
Isi ayam
Kek ikan
Bebola ikan
Mee 2 bungkus
Telur
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Kicap sotong
Stok ayam
Perasa
Garam
Gula
Sawi

Cara Masak:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah. Pecahkan sebiji telur dan hancurkan.

2. Masukkan cabai blender, tumis sampai pecah minyak. Masukkan isi ayam.

3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap, kicap sotong, perasa, stok ayam, gula dan garam secukup rasa.

4. Biarkan mendidih, masukkan kek ikan dan bebola ikan. Pecahkan 3 biji telur dan kacau rata.

5. Masukkan dua bungkus mee yang telah dibasuh dan disejat. Masukkan sawi dan kacau sehingga sebati. Boleh dihidangkan.

Resepi Mee Goreng Mamak 15 Minit

Resepi Oleh: Wisya Wani