Resepi Mee Celup ala Thai
Bahan-Bahan:
- Ayam/tulang daging lembu
- Meatball/bebola daging (celur)
- Perencah sup thai (plastik oren tulisan thai sila refer gambar)
- Daun ketumbar
- Daun bawang/sup
- Kangkung/sawi/tauge
- Kicap pekat
- Garam/gula/ajinomoto
- Cili serbuk
- Cili jeruk (cili besar hijau)
- Cili api
- Kacang tanah tumbuk halus
- Bawang putih goreng
- Bawang merah goreng
- Bawang putih jeruk
- Kicap soya/manis
- Kicap sotong thai
- Lada hitam serbuk
- Mee Kuning/Kueh Tiaw/Bihun

Cara Buat:
1. Masukkan air setengah periuk bersama ayam yang dipotong kepada 4 bahagian serta ayam bahagian tulang seperti leher atau kaki. Kalau nak kuah lagi sedap boleh guna daging lembu bersama tulang, kuah lebih manis hasil dari air rebusan daging. Biarkan ayam sehingga air mendidih.
2. Masukkan akar daun ketumbar, perencah sup thai, 1 plastik perencah boleh disediakan untuk 20 mangkuk mee. Semalam saya buat ayam seekor setengah, saya masukkan 2 plastik perencah, boleh makan seramai 40 orang.
3. Masukkan garam, ajinamoto secukup rasa. Jangan terlalu masin, nanti boleh tambah bila nak hidangkan dalam mangkuk. Ni hanya untuk bagi ayam ada rasa dan tidak tawar. Seterusnya masukkan kicap pekat, boleh bajet dengan kuah yang anda inginkan, jika nak makan mee kuah hitam boleh lebihkan kicap. Sesetengah orang lebih suka yang kuah putih, terpulang citarasa masing-masing.
4. Masukkan bawang putih goreng lebih kurang 2 sudu besar, masukkan bawang putih jeruk bersama airnya. Tambahkan air bagi penuh periuk mengikut bajet hidangan anda untuk berapa orang makan.
5. Tutup periuk. Biarkan sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar yang dah dipotong halus. Sedia untuk dihidang.

Cara Buat Hidangan Perencah Penambah Perasa:
- Cili jeruk – Potong halus-halus, rendam bersama cuka makan.
- Cili serbuk tumis – Panaskan minyak, masukkan cili serbuk biarkan 1 minit tutup api. Lebihkan minyak, supaya ada nampak macam berair, kalau minyak kurang cili akan kering.
- Cili api tumbuk/blend – Buat macam sambal, cuma masukkan sedikit cuka makan bersama air masak, kemudian blend atau tumbuk.
- Hidangkan juga kicap sotong thai atau kicap manis, garam, gula & lada hitam serbuk.
Nota: Wajib celur mee & sayur-sayuran supaya tidak berbau sayur, mee lebih sebati dengan kuah.

Resepi Oleh: Fatin Shaida