Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Bawal Bakar Berempah

resepi-ikan-bawal-bakar-berempah

Resepi Ikan Bawal Bakar Berempah

Bahan-Bahan:

  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 btg serai
  • 3 atau 4 ulas bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • 1 labu kecik bawang besar atau bawang merah
  • 2 senduk cili kering kisar
  • Lada hitam – optional
  • Belacan – optional

Cara Membuat:

1. Blend semua bahan hingga sebati. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan blend tadi. Masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa. Masak hingga garing dan naik minyak elok, ketepikan.

2. Ambil daun pisang (daun biar lebar sikit ye supaya boleh tutup penuh ikan), ambil ikan tadi dan letakkan di atas daun pisang. Ambil pes tadi dan lumurkan pada ikan bahagian depan dan belakang. Suka hati nak lumur banyak mana selagi cukup pes. Kemudian, balut ikan elok-elok.

3. Panaskan kuali leper atau non stick, bakar ikan sebelah dulu. Bila dah masak baru terbalikkan ikan, bakar hingga masak kedua-dua belah bahagian. Hiaslah cantik-cantik supaya suami terpegun tengok nanti.

  • Pes boleh disediakan awal-awal, boleh simpan dalam peti sejuk untuk nak guna bila-bila nanti. Senang citer buat banyak-banyak simpan, nak guna senang.
Resepi Ikan Bawal Bakar Berempah

Resepi oleh: Mohd Faisel Ab Halim