Resepi Dessert Arab Muhalabiya
Bahan-Bahan:
- 1 liter susu almond. (Kalau tak der boleh guna susu full cream biasa tu, tapi kalau Susu Almond ni lebih healthy)
- 1 liter air
- 2 tin susu cair
- 3- 4 bji Buah pelaga
- 1 tsp Air rose beli kat kedai arab)
- 120gm tepung beras
- 120gm tepung jagung
- 300 gm gula pasir
- Sehelai Daun pandan
- 1 tsp garam
Hiasan: Pistachio cincang – panggang dulu
Cara Buat:
1. Masukkan susu almond atau badam, 1 liter air dan susu cair dalam periuk. Masukkan buah pelaga dan daun pandan.
2. Dalam bekas lain, masukkan air 1 cawan, masukkan tepung jagung dan tepung beras kacau sampai sebati semuanya dan hingga tak berbintil.
3. Panaskan susu, sampai naik wap masukkan gula, kacau kemudian masukkan garam. Bila mendidih matikan api. Buang daun pandan dan buah pelaga.
4. Tuang bahan tepung dalam susu dan kacau sampai licin dan tak berbintil. Masukkan dalam periuk balik dan kacau sampai masak dengan api perlahan. Masukkan air rose. Apabila dah meletup-letup kecik. Tutup api teruskan kacau.
5. Tuang dalam bekas-bekas kecik dan taburkan pistachio. Sejukkan dalam peti dan makan semasa masih sejuk (sejukkan selama lebih kurang 2 jam keatas).

Resepi Oleh: Suzana Raman