Sayur, Udang

Resepi Terung Cili Kering Udang

resepi-terung-cili-kering-udang

Resepi Terung Cili Kering Udang

Siapa yang tidak menggemari lauk macam ni? Dengan rasanya yang sedap dan sayurnya yang lembut. Dibuat dengan masakkan apa sahaja memang sedap. Cuma Kali ni kite buat versi pedas dan udang juga memainkan peranan dalam masakkan nih, manis-manis udang bersama cili kering, memang sedap. Satu pinggan sahaja tak cukup untuk makan sorang bagi penggemar masakkan ini.

Bahan-Bahan:

  • Terung 1 batang (belah serong)
  • Udang saiz sederhana
  • Sos Tiram 1 sudu besar
  • Sos ikan 1 sudu besar
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil
  • Cili kering 10 batang (Direndam) *
  • Ikan bilis 1 sudu besar *
  • Bawang putih 2 ulas *
  • Bawang besar 1 biji*

+ Kisar bahan yang bertanda (*) Sebelum kisar buang biji cili kering, rebus, kemudian basuh dan toskan.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, goreng terung sehingga sedikit keperangan dan ketepikan.

2. Gunakan minyak yang sama, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan udang dan masakkan ia seketika. Masukkan sos tiram, sos ikan dan serbuk perasa, gaulkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Isi Ketam Sambal Tumis

4. Masukkan terung yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati. Angkat dan siap untuk dihidang.

Resepi Terung Cili Kering Udang

Resepi Oleh: Nurul Ateekah