Kari, Makanan Laut

Resepi Sotong Kari Pekat Tanpa Santan

resepi-sotong-kari-pekat-tanpa-santan

Resepi Sotong Kari Pekat Tanpa Santan

Bahan-Bahan:

  • 1 kilo sotong (dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • 3 sudu perahan asam jawa
  • 1 buah tomato (dibelah 6)
  • Daun ketumbar (2-3 sudu besar)
  • Minyak masak secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • 7 sudu besar Serbuk Kari ikan (Jadikan paste)
  • Sedikit air

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.

2. Kemudian masukkan paste rempah kari dan gaulkan sebati. Masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik), sentiasa kacau.

3. Apabila Sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau Lagi sehingga minyak berwarna oren gelap (masih mengunakan api sederhana). Selepas itu, masukan sotong yang telah dibersihkan tadi. Masakkan seketika.

4. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato serta perasakan dengan garam dan serbuk perasa (boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan). Tunggu sedikit kering dan tutup api. Siap untuk dihidang.

Resepi Sotong Kari Pekat Tanpa Santan

Resepi Oleh: Nurul Ateekah