Sambal & Pencicah

Cara Masak Sambal Paru Tahan Berbulan

cara-masak-sambal-paru-tahan-berbulan

Cara Masak Sambal Paru Tahan Berbulan

Rugi tak suka tau, yang favourite tu wajib buat. Masak macam ni boleh tahan lama simpan dalam botol elok-elok. Yang ni bukan kata nak simpan, tak cukup kalau dihidang. Puas hati dapat masak dan makan hari ni, yang simpan pun ada juga teruja sebab tengok resipi dan tips boleh tahan lama. Bila dah begini any time lapar boleh terus makan kan, terbaik resipinya.

Bahan-Bahan:

  • 1kg paru lembu
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam halus

Bahan Sambal:

  • 4 biji bawang merah **
  • 2 biji bawang besar **
  • 4 ulas bawang putih **
  • 15 tangkai cili kering ** – buang biji & rendam dengan air panas
  • 2 inci belacan **
  • 1 batang serai – diketuk
  • 4 sudu makan gula atau secukupnya
  • 2 sudu kecil garam atau secukupnya
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 30gm gula nisan
  • 1 mangkuk kecil perahan asam jawa
  • sedikit air untuk mengisar

Cara Memasak:

1. Paru dibersihkan dahulu kemudian rebus hingga masak. Sejukkan dahulu kemudian dihiris nipis.

2. Satukan paru, serbuk kunyit dan garam halus gaul sekata. Panaskan minyak secukupnya goreng paru hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

3. Satukan bahan bertanda (**) dan kisar halus. Panaskan minyak, letak serai yang diketuk diikuti bahan kisar, tuang kesemuanya. Tumis hingga pecah minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sambal Tumis Terung dengan Ikan Bilis

4. Kemudian masukkan perahan air asam jawa, gaul sekata. Selepas itu letak garam, gula, gula nisan, serbuk perasa secukupnya. Dimasak hingga warna sambal cantik gelap.

5. Akhir sekali, letak paru dan digaul hingga merata dan sekata sehingga sambal elok melekat. Tutup api sedia dihidang dan dinikmati.

Nota:

  • Tips untuk tahan berbulan dan tidak berkulat, masak sambal mesti lama hingga sambal kelihatan merah kehitaman. Bila sambal mengering, perlahankan api supaya bahagian bawah tidak hangus. Teruskan masak dan kerap mengacau.
  • Sambal paru lebih sedap ada manis sedikit, pedas masin cukup rasa.
  • Semasa menggoreng jangan goreng terlalu banyak paru pada satu masa.
  • Tips untuk paru rangup, goreng paru hingga buih-buih berkurangan.
Cara Masak Sambal Paru Tahan Berbulan

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish