Resepi Puding Buih Hipster Berkuah
Bahan Puding:
- 1 bungkus agar-agar tali (30gm)
- 1500 ml air putih
- 1/4 cawan gula
- 6 biji putih telur
- 5 biji kuning telur
- 1 sudu vanilla
- pewarna
- daun pandan
Cara Buat:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih (sejukkan).
2. Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue.
3. Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu. Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.
4. Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan.
5. Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar).
6. Masukkan pewarna dan tuang agar ke dalam bekas. Sejukkan puding di dalam peti ais.
Nota: Sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yang panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang dan puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar dan atas buih.
Bahan Kuah Custard:
- 1 tin susu sejat
- 1 tin air (ukur guna tin susu sejat)
- 1 sudu besar custard
- 1 biji merah telur
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu teh vanilla
Cara Buat: Larutkan custard di dalam air terlebih dahulu. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk. Kacau sehingga mendidih dan naik bau.
Nota:
- Pastikan jangan tinggal custard tanpa mengacau sebab custard mudah hangit di bahagian bawah kalau dibiarkan.
- Selepas mendidih, kacau dahulu sedikit untuk sejukkan kemudian baru boleh dibiarkan.
- Sejukkan dalam peti ais kerana puding ni sedap makan waktu sejuk.
Resepi Oleh: Shai Anne Ahemed