Sayur

Cara Buat Kimchi

resepi-kimchi

Resepi Makanan Korea Kimchi, Mudah dan Senang Untuk Dihasilkan

Cara Buat Kimchi

Bahan-Bahan:

Sebatang lobak merah
1/2 batang lobak putih
Seikat daun bawang
(bahan di atas potong dalam 2 cm)
Kobis cina (rendam dalam air garam 2 jam, basuh 3x dan toskan)
Sepeket serbuk cili.
2 sudu gula
5 sudu sos ikan

Bahan Blend –

Selabu bawang putih
Bawang besar
Halia
1/2 biji buah lai

Cara Membuat:

1. Sediakan besen besar supaya senang nak gaulkan bahan-bahan.

2. Masukkan bahan yang diblender bersama sepeket serbuk cili (saya letak sepeket 125g, boleh kurangkan bagi yang tak suka pedas).

3. Campurkan, 2 sudu besar gula dan 5 sudu besar sos ikan. Gaul sebati. Tak perlu tambah garam sebab sos ikan dah masin dan kobis tu pon dah direndam dengan 1/4 cawan garam selama 2 jam.

4. Bila dah sebati, masukkan lobak merah, lobak putih dan daun bawang yang dah dipotong dalam 2 cm. Gaul lagi bagi sebati.

5. Akhir sekali, baru masukkan kobis yang telah ditoskan. Gaul lagi bagi sebati dan jadilh kimchi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Tauhu Inti Pedas atau Tauhu Jeletot

Nota:

1. Simpan dalam bekas bertutup tapi Jangan penuh sangat. Sebab kimchi akan keluarkan gas bila diperam nanti terpelanting penutup plak.

2. Kalau nak cepat masam, bolehlah peramkan kimchi dalam suhu bilik 2/3 hari. Lepas tu, boleh masukkan dalam peti ais untuk tahan lama. Atau, nak simpan terus dalam peti ais pon boleh.

3. Kimchi juga sedap dimakan dengan Maggi kari, buat nasi goreng dan stew kimchi.

Resepi Oleh: Hasni Hazair Hasni – MAHN