Cara Buat Resepi Viral Udang Goreng Mayo
Hari tu tengok Udang Mayo di page Udang Mayo Sungai Petani, terus jadi teringin nak makan. Saya di JB, jauh sangat pula nak ke sana. Jadi kita masak sahajalah versi sendiri.
Bahan-Bahan:
- 10 ekor udang saiz besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2-3 sudu besar mayonis
- 1 batang daun bawang
- 1-2 biji limau kasturi
- 1 biji telur
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
1. Udang yang telah dikupas kulitnya, gaul dengan telur, garam dan serbuk lada hitam. Ambil udang, golekkan dalam campuran tepung gandum dan tepung jagung serta garam sehingga rata.
2. Lepas tu goreng dalam minyak panas sehingga udang bertukar merah dan tepung menjadi rangup. Sekejap je dia masak, seminit lebih je. Nampak betapa menyelerakan udang celup tepung ni! Gebu bukan main. Rangup pula tu luarnya. Sabar dulu, jangan makan dulu!.
3. OK! sekarang buat dia punya kuah/sos. Tumis bawang putih sehingga baik bau. Lepas tu kena masukkan pes cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
4. Tambah garam dan gula. Perah limau kasturi atau purut. Ikutlah mana yang ada. Saya masukkan sekali kulit dia supaya ada rasa zesty! Jangan lupa basuh bersih kulit tu!.
5. OK ni ramuan yang memberi nama kepada masakan ni. Mayonis! Saya tak tahu siapa reka masakan ni, tapi ia popular di restoran masakan cina di Indonesia. Cuma, di sana tak letak cili. Mereka hanya letak mayonis, susu pekat dan bijan.
6. OK sekarang dah boleh hidang! Sos ni memang sesuai dengan udang yang rangup ni. Rasa dia masam, manis pedas, dan berlemak. Ratah udang begitu ja! Berebut laki bini! Haha!.
Resepi Oleh: Kamarul Ariffin Nor Sadan