Resepi Ayam Bakar ala The Chicken Rice Shop

Resepi Ayam Bakar ala The Chicken Rice Shop

Bahan A:

  • 5 keping ayam bahagian tigh (paha sambung)
  • Sedikit pewarna merah
  • 5 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
  • Setengah biji bawang besar (cincang/tumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk 5 spices
  • 1 senduk kicap manis ABC
  • 1 senduk kicap kipas udang
  • 1 senduk kicap pekat
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Sedikit bijan

Bahan B: Sedikit Madu

Cara Memasak:

1. Lumurkan ayam dengan sedikit pewarna merah (Nak bagi ayam nampak cantik), tak nak letak pun takpe.

2. Gaulkan semua bahan dalam satu mangkuk kecuali ayam dan bijan. Gaulkan ayam dengan semua bahan sehingga rata. Perap dalam peti sejuk semalaman.

3. Bakar ayam selama 1 jam. Keluarkan ayam dari oven, sapukan madu, tabur bijan, dan bakar semula selama 5 minit. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Semasa proses bakar keluarkan ayam sebanyak 2 kali dan curahkan baki bahan perapan ke atas ayam tadi untuk mengelakkan ayam menjadi kering.

Resepi Ayam Bakar ala The Chicken Rice Shop

Resepi Oleh: Noor Mazni Mohd Noor