Mee

Resepi Bihun Soto Ayam Bakar

resepi-bihun-soto-ayam-bakar

Petang-petang hujan ni layan bihun soto ayam bakar pulak. Kena pula dengan cabai kicap. Saya buka kedai makan, so memang nampak meja dan cara penyediaan macam kedai makan ye. Tapi yang ni saya masak untuk family hari ni.

Resepi Bihun Soto Ayam Bakar

Resepi Sup –

Bahan & Cara Buat:

Kaki ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Buah pelaga
Rempah sup adabi
Lada hitam
Kentang
Carrot
Daun saderi
Garam & Gula
Minyak untuk menumis
Air

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan buah pelaga.

2. Masukkan air, biarkan mendidih. Masukkan rempah sup adabi dan lada hitam. Masukkan kaki ayam dan rebus sampai empuk.

3. Masukkan kentang, carrot, dan daun saderi. Perasakan dengan cukup rasa garam dan gula.

Resepi Ayam Bakar –

Bahan & Cara Buat:

Ayam
Madu
Sos lada hitam
Halia
Bawang putih

1. Perap bersama madu, sos lada hitam, halia, dan bawang putih. Bakar di atas bara api.

Cara Menyediakan:

1. Celur bihun, kemudian bila hidangkan, masukkan kuah sup. Kemudian, baru tabur ayam bakar yang dicarik-carikkan isinya, kacang goreng, taugeh, daun sup, dan bawang goreng.

2. Untuk sambal kicap. Cili api, kicap, bawang putih, air limau, gula, dan ajinomoto. Blender kesemuanya. Siap Untuk Dihidang.

Resepi Oleh: Pn. Zarazelah Othman – MAHN