Resepi Puding Cendol Gula Melaka Cara Mudah

Resepi Puding Cendol Gula Melaka Cara Mudah

Puding yang mudah dibuat sedap dimakan. Puding cendol gula melaka. Nampak banyak step nak kena buat tapi sebenarnya senang dan kejap aje membuatnya.

Bahan Lapisan Santan/Putih:

  • 150ml santan
  • 450ml air
  • 100gm gula pasir (manis ikut citarasa sendiri)
  • 7gm serbuk agar-agar
  • 100gm cendol
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Membuat: Masak semua kecuali cendol hingga mendidih. Basahkan dulu acuan untuk mudah keluar nanti. Tuang adunan ke dalam acuan, tabur dengan cendol hingga rata. Biarkan membeku.

Bahan Lapisan Gula Melaka:

  • 800 ml air
  • 110 gm gula melaka, racik halus (manis ikut citarasa sendiri)
  • 1/4 sudu teh garam
  • 8 gm serbuk agar-agar

Cara Membuat: Masak semua bahan hingga mendidih. Tapis dan tuang ke atas lapisan santan cendol. Sebelum tuang tu, cakar cakar manja lapisan santan cendol agar ia terlekat elok bila dilapis dengan lapisan gula melaka. Biarkan membeku.

Bahan Lapisan Hijau Pandan:

  • 200ml santan
  • 600ml air + 5 helai daun pandan, kisar dan tapis
  • 110gm gula pasir (manis ikut citarasa sendiri)
  • 8gm serbuk agar-agar
  • Pewarna hijau tua
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Membuat: Masak semua bahan hingga mendidih. Tapis dan tuang ke atas lapisan santan gula melaka. Sebelum tuang tu, cakar cakar manja lapisan gula melaka agar ia terlekat elok bila dilapis dengan lapisan hijau pandan. Biarkan membeku dalam peti ais. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Selamat Mencuba

Resepi Puding Cendol Gula Melaka Cara Mudah

Resepi Oleh: MrsNor Wahid