Ayam

Resepi Rendang Ayam Guna Ayam Kampung Lagi Sedap

resepi-rendang-ayam-guna-ayam-kampung-lagi-sedap

Resepi Rendang Ayam Guna Ayam Kampung Lagi Sedap

Hari nie merendang, masak rendang ayam kampung dengan rempah sekawan MameeChef. Rendang dimakan dengan lemang, nasi, dan sebagainya. Saya sertakan resepi dekat bawah.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan dibersihkan)
  • daun kunyit secukupnya (dihiris)
  • 6 helai daun limau purut
  • sedikit air asam jawa / asam keping
  • santan secukupnya @ 1 cawan santan pekat
  • kerisik secukupnya
  • gula melaka/ nisan
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 pek rempah 4 sekawan mameechef >> https://shope.ee/6pR7RAoUIy
  • cili kisar secukupnya @ 1 senduk
  • Garam Dan gula secukup rasa. .

Bahan Kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Cara Memasak:

1. Tumiskan rempah 4 sekawan mameechef bersama serai, bahan-bahan kisar, cili kering kisar, sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan kerisik, gula Melaka serta santan. Masukkan ayam, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

3. Kemudian masukkan daun kunyit, daun limau purut dan sedikit air. Gaul sehingga sebati dan masaklah sehingga ayam masak sepenuhnya, dan kuah sedikit kering.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Percik

4. Dah masak, tabur daun kunyit yang dihiris halus. Boleh lah dihidangkan, boleh makan dengan nasi, pulut kuning, lemang dan sebagainya.

Korang boleh dapatkan rempah 4 sekawan mamee chef dekat kedai eco yang berdekatan atau boleh juga order dekat Mamee Chef Shoppe.

Resepi Rendang Ayam Guna Ayam Kampung Lagi Sedap

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman