
Resepi Agar-Agar Sirap Laici
Bahan-Bahan:
20 gm agar-agar tali – cuci, toskan
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin laici
2 cawan air tin laici – tak cukup, tambah air
2-3 sudu besar biji selasih (kalau lebih pun tak pe) – rendam dulu dengan air panas
Secubit garam
Sirap rose
Cara Membuat:
1. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula, kacau-kacau bagi larut gula.
2. Masukkan air laici tadi dalam periuk agar-agar. Kacau serata, masukkan sedikit garam. Masak hingga mendidih, tutup api.
3. Sediakan acuan biru, susunkan laici setiap lekuk dalam acuan. Tuang agar-agar hingga paras laici atau lebih, ada ruang bahagian laici yang kosong. Taburkan sedikit biji selasih, biarkan sederhana beku.
4. Lebihan agar-agar, warnakan dengan sirap rose. Masukkan lebihan selasih tadi, kacau rata.
5. Agak-agak dah sederhana beku agar-agar tadi. Tuang perlahan-lahan agar-agar sirap rose kesemuanya, biarkan beku dan simpan dalam peti sejuk.
6. Selepas 4-5 jam boleh keluarkan, memang sedap makan sejuk-sejuk. Selamat mnecuba.
Resepi Oleh: Zura Zul – MAHN