Resepi Kuih Tako Jagung Lemak Manis Sedap
Bahagian Bawah (Jagung):
- 1 cawan tepung Hoen Kwe
- 6 cawan air
- 2 cawan gula pasir
- 1 tin jagung cream – saya guna Ayam Brand Sweet Corn Cream Style
- Sedikit pewarna kuning telur
Bahagian Atas (Santan):
- 1 cawan tepung Hoen Kwe
- 7 cawan santan – saya guna 1 biji kelapa parut dan perah dengan air hingga mendapat 7 cawan santan
- Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Susun dahulu semua bekas Tako Pandan di atas loyang atau dulang. Boleh juga guna bekas cawan plastik.
Bahagian Bawah (Jagung) –
2. Campurkan kesemua bahan lapisan jagung ke dalam periuk atau kuali dan masak di atas api sederhana, sambil mengacau hingga pekat dan meletup-letup.
3. Padamkan api dan terus masuk kedalam bekas Tako Pandan tadi. Lakukan dengan segera kerana adunan akan cepat membeku. Biarkan sebentar dan masak untuk lapisan atas pula.
Bahagian Atas (Santan) –
4. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk atau kuali dan masak diatas api sederhana. Kacau sehingga adunan pekat dan sedikit berkilat.
5. Padamkan api dan tuang di atas lapisan jagung tadi. Biarkan sehingga sejuk dan simpan di dalam peti ais. Sedap dimakan ketika Kuih Tako sudah disejukkan.
Nota:
- Adunan ini menghasilkan 79 Kuih Tako Segi tiga, ia bergantung pada size bekas Tako Pandan. Daun pandan yang saya gunakan ada yang besar dan kecil, seeloknya guna daun pandan yang besar, paling cantik yang 2 inci lebar.
- Adunan untuk bahagian atas santan jangan terlalu pekat supaya permukaan Kuih Tako licin dan cantik.
Resepi Oleh: Mawar Wilsa