Makanan Laut

Resepi Lala Masak Serai Mewangi

resepi-lala-masak-serai-mewangi

Resepi Lala Masak Serai Mewangi

Cukup senang nak sediakan lala ni. Yang penting sodap.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg Lala
  • 3 sudu besar cili kisar – nak pedas lebihkan
  • 2 batang serai – ketuk
  • Garam
  • Gula nisan/gula biasa

Bahan Kisar:

  • 9 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara Memasak:

1. Basuh dan rendamkan lala dalam 30 minit. Untuk buang pasir pada lala.

2. Tumis bahan kisar dan cili sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan serai, gula dan sedikit sahaja air. Gula ikut pada selera, Cik Tie suka manis sikit. Biarkan seketika. Tujuannya untuk keluarkan harum serai.

3. Masukkan lala dan kacau dengan bahan tumis tadi sehingga sebati. Masak sehingga lala bertukar warna sedikit merah. Cik Tie tak suka masak lama sangat, nanti isi lala jadi keras dan hilang manisnya. Ikut pada taste masing-masing.

Resepi Lala Masak Serai Mewangi

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar