
Cara Buat Brownies Kedut Lapis Cheese
Harini saya bakar brownies pulak sebagai upah untuk adik lelaki saya, dia ade balik ke KL sebab PKP. Tapi masa PKPP baru kami benarkan dia balik dari batu pahat sebab tak nak langgar SOP kan. Jadi sejak sebulan lebih dia ade kat rumah ni, banyak sangat dia bantu saya buat kerja rumah, pantang ade rendam periuk zasss dia sental, pinggan pun tak sempat lama duduk dalam sinki tu ha dia dah cuci. Pagi-pagi siapkan air panas dan bantu sapu daun kering kat luar jadi ringan sikit keje saya. Ok lah jom kita tengok resepi, ni pun resepi dari perkongsian dari ahli mahn jugak ye. Cuma untuk bahagian cheese tu je saya pandai-pandai tambah sendiri.
Bahan A:
- 2 butir telur
- Sedikit esen vanilla
- 70g gula ising (saya guna 60g castor sugar)
- 70g brown sugar
+ Sediakan mangkuk sesuai, campurkan semua bahan dan kacau sebati dengan whisk je. Ketepikan.
Bahan B:
- 170g coklat masakan (sy guna coklat coin)
- 85g butter
- Sediakan bekas tahan panas, cairkan kaedah double boiler, dengan meletakkan bekas coklat tu atas periuk yang berisi air yang sedang mendidih. Atau;
- Saya letak dalam bowl besi tahan panas api, masukkan coklat dan butter, letak direct atas dapur bukak api besar selama 1-2 saat kemudian tutup api dan cepat-cepat kacau coklat dan butter sampai cair sepenuhnya.
- Masukkan dalam bahan A tadi kemudian kacau sebati.
Bahan C:
- 100g tepung gandum
- 1/4 sudu kecil baking powder
- 1/4 cawan serbuk koko
+ Ayak semua bahan kemudian masukkan dalam adunan tadi. Kaup balik sekata.
Cara Membuat:
1. Sediakan loyang 8×8, lapik baking paper, kemudian tuang adunan (simpan sikit adunan untuk lorek atas cheese) dan bakar pada suhu 150c atas bawah selama 30 minit atau lebih bergantung pada suhu oven masing-masing.
2. Sambil tunggu brownies masak, sediakan adunan cheese;
- 250g cream cheese
- 50g gula icing atau castor (tapi saya tak letak sebab brownies dah manis)
- 1 butir telur
- Sedikit lemon atau esen vanilla.
- 2 sudu besar tepung gandum
Putar semua bahan di atas hingga sebati.
3. Bila brownies dah masak, keluarkan loyang kemudian letak adunan cheese atas brownies tadi. Ratakan, kemudian ambil aluminium foil, tutup loyang dan sambung bakar lagi dengan api atas sahaja sampai cheese masak dalam 20 minit atau cuba sentuh slow-slow atas tu tengok melekat kat jari ke tak.
Nota: Kalau tak tutup nanti tu la atasnya jadi macam dalam gambar.
Resepi Oleh: Dani J Tang