
Resepi Kuih Tradisional Cucur Badak Sedap
Hidangan ringkas tetapi penuh kasih sayang ini mempunyai ‘sentimental value’ yang begitu tinggi bukan sahaja pada saya, tetapi pasti juga begitu dekat di hati rata-rata rakyat Malaysia.
Bahan Bahagian Kulit:
- 1/2 kilogram ubi keledek oren
- 1 sudu makan marjerin
- 1 cawan tepung gandum
- Secubit garam
Bahan Inti:
- 15 tangkai cili kering
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 2 batang serai
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 mangkuk udang kering/geragau
- 500g kelapa parut
- 2 sudu kecil jintan manis – sangai
Cara Buat Inti:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali kelapa parut dan jintan manis. Kisar dulu hingga lumat.
2. Masukkan dalam kuali semua bahan dan masak hingga kering. Tak perlu letak minyak ya. Bila dah kering elok, perasakan dengan garam dan gula mengikut selera. Guna api perlahan sahaja. Ketepikan.
Cara Buat Cucur Badak:
3. Ubi keledek oren/putih direbus atau dikukus terlebih dahulu hingga empuk. Lenyekkan ketika ianya masih panas menggunakan sudu. Lepas tu baru ketepikan hingga betul-betul sejuk.
4. Bila dah sejuk, masukkan tepung, marjerin dan juga secubit garam. Uli sekata dan bulatkan-bulatkan doh ikut saiz yang diingini. Nak cantik, timbang setiap doh.
5. Doh bulat-bulat tadi diratakan/dileperkan dan masukkan inti dalam anggaran 1/2 sudu makan mengikut saiz doh anda. Tutup balik dan gentelkan bagi cantik bulat semula. Tak nak melekat jangan lupa oles sikit minyak pada tangan anda ya.
6. Dah siap semua boleh la panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.
Resepi Oleh: Lina Thomas