Resepi Puding Pisang dengan Pistachio dan Oat
Bahan-Bahan:
- 65 gram gula
- 17 gram tepung gandum
- 13 gram tepung jagung
- 500 ml susu cair
- 1 biji kuning telur – dipukul
- 20 gram mentega
- 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
- 1 sudu kecil vanila esen
- 3 biji buah pisang, dikupas dan dipotong
Bahan Hiasan:
- Kacang pistachio – dihancurkan (boleh juga kacang yang lain)
- Biskut oat crunch – dihancurkan
Cara Membuat:
1. Gabungkan susu, gula, tepung dan tepung jagung di dalam mangkuk. Tuangkan adunan ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga adunan susu sederhana panas.
2. Ambil satu senduk adunan susu. Tuangkan ke dalam bancuhan telur sambil kacaukan telur. Pastikan susu dimasukkan sedikit demi sedikit.
3. Tuangkan campuran telur ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan di dalam periuk.
4. Kemudian, masukkan pisang dan kacau rata. Seterusnya, masukkan pula serbuk agar-agar dan kacau rata.
5. Masak lagi dengan api sedang sambil terus dikacau hingga adunan mengental. Angkat dari api, masukkan mentega dan vanila esen, kacau rata hingga mentega cair.
6. Tuangkan adunan di dalam bekas, masukkan ke dalam peti sejuk. Apabila puding sejuk hidangkan dengan taburan kacang pistachio dan biskut oat yang telah dihancurkan.
Resepi Oleh: Khadijah Jaafar