Kuih Muih

Resepi Kuih Talam Pisang Nagasari

resepi-kuih-talam-pisang-nagasari

Resepi Kuih Talam Pisang Nagasari

Selalunya kalau pisang masak kita goreng atau buat cokodok dan kek, apa kata kita buat kuih talam pulak. I teringin sangat nak makan Talam Pisang Nagasari untuk buka puasa, tapi takde pisang raja kat sini yang ada pisang tanduk semi masak ranum, bedal je lah labu janji sedap! asalnya Kuih Nagasari balut dengan daun pisang kan? Hari ni kita Talam kan dia.

Bahan-Bahan:

  • 200 gm tepung beras
  • 100 gm tepung ubi kayu
  • 800 ml santan + 100 air
  • 1 sdt garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk vanilla
  • 130 gm gula
  • Pisang raja yang masak ranum secukupnya, hiris memanjang atau ikut selera masing-masing

Caranya:

1. Campurkan tepung beras, tepung ubi kayu, garam, gula dan serbuk vanilla.

2. Tuang santan sedikit-sedikit, kacau sebati. Kemudian tapis kan adunan ke dalam mangkuk.

3. Panaskan pengukus dengan api sedang, masukan 2 helai pandan di air kukusan, alas tutup dengan kain bersih. Siapkan loyang, oles dengan minyak.

4. Susun pisang yang telah dipotong melintang. Kemudian tuang adunan hingga tertutup. Kukus 7 minit.

5. Susun lagi pisang, tuang lagi adunan, kukus lagi 7 minit. Ulang sampai habis. Kukus lagi 25minit atau sehingga masak. Siap.

6. Sejuk kan, bolehlah di potong dan dihidangkan. Siap Resepi Kuih Talam Pisang Nagasari.

Resepi Kuih Talam Pisang Nagasari

Resepi Oleh: Lina Thomas