Resepi Kek Pisang Gebu Moist
Tak pernah jemu buat kek pisang nie, saya lebih suka guna pisang emas, kalau buat dengan pisang emas gebu dia menjadi-jadi. Ni kek pisang ye bukan kek marble, saya letak separuh adunan tu dengan perasa coklat.
Bahan-Bahan:
- 5 biji pisang emas/pisang berangan (dilecek)
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan minyak jagung
- 4 biji telur gred B
- 1 sudu kecil esen pisang
Bahan yang di ayak –
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
Cara Penyediannya:
1. Panaskan oven pada suhu 170c. Lenserkan butter pada keliling loyang. Sediakan pisang yang dilecek dan ketepikan. Bahan yang perlu diayak juga disediakan dan diketepikan.
2. Masukkan gula perang, minyak dan telur dalam mangkuk besar. Satukan lalu pukul hingga putih. Pukul sekitar 3-5minit.
3. Masukkan pisang bersama esen pisang. Kacau rata guna senduk aje. Diikuti pula bahan yang dah diayak tadi. Kacau rata guna senduk/spatulla.
4. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit sehingga kek masak (bergantung pada suhu oven masing-masing). Cucuk tengah dengan lidi atau cake tester untuk tahu kek dah masak atau belum.
5. Dah siap, tunggu sejuk dan sedia dihidangkan. Resepi Kek Pisang Gebu Moist sememangnya moist. Sukatan cawan yang mudah, ringkas dan cepat.
Tips: Kek tu bakar ikut suhu dan masa oven masing-masing ye. Ibu bakar suhu 160c° tapi pangjangkan sikit masa 80 minit. Sebab tak mau bagi merekah kat atas permukaan kek. Letak rak tengah-tengah. Bila dah masak, biarkan dulu sekejap dalam oven.

resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman