
Resepi Kuih Talam Pisang Lemak Manis
Bahan-Bahan:
Bahagian Bawah –
1 cawan pisang – potong dadu atau lecek
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning
1/2 sudu kecil esen pisang
Bahan Atas –
1 cawan tepung beras
3-4 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
Cara Membuat:
Bahagian Bawah –
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau sapukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
3. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.
Bahagian Atas
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
2. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah. Kukuskan lagi selama 20 minit.
3. Bila sudah masak, sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan.