Resepi Kerabu Kerang dan Siakap Stim Limau ala Thai
Kerabu Kerang ala Thai
Bahan-Bahan:
- 1 kg kerang
- 4 ulas bawang putih
- 8 biji cili padi
- 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
- 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
- 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula melaka @ nisang)
- 1 biji tomato – potong dadu
- Sedikit daun ketumbar
Cara Memasak:
1. Rebus kerang seketika. Pastu rendam sekejap dlm bekas berisi ais.Tujuannya supaya kerang cantik terkupas. Hanya patahkan sebelah kulit kerang dan sebelah lagi dibiarkan bersama isi yang akan kita pakai.
2.. Tumbuk cili padi dan bawang besar hingga agak halus. Kemudian masukkan gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul kerang bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas kerang. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.

Siakap Stim Limau ala Thai (Prik Kee Noo)
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan siakap sederhana besar
- 4 ulas bwg putih
- 1 biji bwg holland
- 1 kiub pati ayam
- 5 biji cili padi
- 2 inci halia
- 2 batang serai
- 3 sudu sos ikan
- 1 cawan jus limau nipis
- 1 sudu gula
- Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau untuk hiasan
Cara Memasak:
1. Bersihkan ikan, sapukan ikan dengan kiub pati ayam yang dicampur sedikit jus limau dan air. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam perut ikan.
2. Masukkan ikan ke dalam pengukus. Campurkan sos ikan, gula, jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan.
3. Cincang halus bawang putih, cili api, halia dan taburkan ke atas ikan. Last sekali masukkan bawang holland yang dipotong halus. Kukus sehingga ikan masak.
4. Hiaskan dengan daun ketumbar, limau, dan cili merah. Jika hendak berkuah letak secawan air ye, dan letak sedikit air tepung jagung.

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman