Nasi, Sup

Resepi Nasi Daging dan Sup Daging Power

resepi-nasi-daging-dan-sup-daging-power

Resepi Nasi Daging dan Sup Daging Power

Dah lama tak pekena Nasi Daging cicah Air Asam di gandingkan dengan Sup Daging Power abis seperiuk nasi hari ni. Sedap sangat dengan nasi yang ada perisa ni, pastu hirup dengan kuah sup panas plak… perghh!! kekenyangan menyandar. Pada yang nak mencuba boleh try resepi ni.

Nasi Daging Air Asam

Bahan-Bahan:

  • 1kg daging lembu/kambing potong sederhana besar dan rebus 3/4 empuk (air rebusan jangan dibuang guna untuk masak nasi dan sup)
  • 3 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air rebusan daging
  • 1/3 cawan susu cair
  • 1/2 sudu besar lada hitam tumbuk kasar
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam/2 kiub pati ayam
  • 1 biji tomato potong 8
  • garam
  • daun ketumbar
  • 2 biji bawang besar sederhana besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia* (* kisar hancur)
  • 1batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 1/2 cawan minyak [email protected] 8 sudu besar
  • 1 sudu besar marjerin

Cara Masak:

1. Rendam Beras 1/2 jam. Panaskan minyak dan marjerin dalam periuk, masukkan kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang dan bahan kisar tumis sampai wangi.

2. Masukkan rempah kurma, lada hitam dan serai. Kacau sehingga bahan pecah minyak, kemudian masukkan pati ayam.

3. Masukkan beras yang telah ditoskan terlebih dahulu. Kacau sebentar dan masukkan air rebusan daging tadi, sekali dengan daging (sukat) dan masukkan daun pandan serta perisakan dengan garam.

4. Biarkan sehingga nasi 3/4 masak, masukkan hirisan tomato dan daun ketumbar. Biarkan sehingga nasi masak.

Resepi Nasi Daging dan Sup Daging Power

Cara Buat Air Asam

Bahan-Bahan:

  • Air Asam
  • 1 biji tomato hiris halus n potng kecik
  • 5-10 biji cili api potong kecik
  • 1 cawan air asam jawa
  • 5 biji bawang merah hiris nipis
  • sedikit belacan
  • 1 sudu kerisik
  • gula dan garam dan sedikit daun ketumbar

Cara Buat: Masukkan semua bahan-bahan tersebut dalam air asam jawa. Perisakan dengan garam dan gula, air asam ni manis-manis masam gitu.

Resepi Nasi Daging dan Sup Daging Power

Sup Daging Power

Bahan-Bahan:

  • 1kg daging lembu/kambing potong sederhana besar
  • 1biji bawang besar kisar halus
  • 4 ulas bawang putih kisar halus
  • sedikit halia kisar halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 2 sudu besar rempah sup
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 sudu lada hitam tumbuk
  • sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu serbuk pati ayam/2 kiub pati ayam
  • garam
  • 10 biji cili api ketuk je
  • limau nipis peras bagi sedap

Cara Masak:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis (kayu manis, pelaga, bunga lawang) masukkan bahan kisar.

2. Tumis sehingga pecah minyak, masukkan rempah sup dan kurma, serbuk kunyit serta lada hitam. Kacau lagi sehingga pecah minyak, masukkan air dan pati ayam.

3. Rebus biar empuk, akhir sekali baru masukkan cili api ketuk, daun ketumbar dan limau nipis. Hidangkan bersama nasi daging serta air asam.

Resepi Nasi Daging dan Sup Daging Power

Resepi Oleh: Tahrunnisah Jali