Kuih Muih

Resepi Talam Berlauk Daging

resepi-talam-berlauk-daging

Resepi Talam Berlauk Daging

Cara Buat Tepung Talam

Bahan-Bahan:

2 cwn tepung gandum
6 sb tepung jagung
2 biji telur
1 kotak santan (saya pakai seri Murni)
5 cawan air
Secubit garam

Bahan Hiasan:

Daun Bawang/sup
Cili merah
hijau potong
Bawang Goreng

Cara Membuat:

1. Semua bahan diatas satukan dan gaul rata. Nak senang guna blender, blend sebati.

2. Kemudian, masakkan sebentar, anggaran 3-5 minit sampai berwap dan mula pekat. Tutup api.

3. Lengserkan loyang dengan sedikit minyak. Alas plastik talam, oles sikit lagi minyak atas plastik dan masukkan adunan tepung yang di masak sebentar tadi.

4. Sementara itu, panaskan pengukus. Setelah mendidih, masukkan loyang dan kukus talam dalam anggaran 10-15 minit.

5. Kemudian, cakarkan permukaan tepung, guna garpu, taburkan inti dan padatkan. Kukus semula anggaran 5-10 minit lagi.

6. Kemudian, taburkan daun bawang, cili potong, dan bawang goreng. Kukus sekejap sahaja dengan membuka tudung kukus. Perlahankan api, kalau dah ok bolelah angkat dan sejukkan sebelum di potong.

Resepi Inti

Bahan-Bahan:

Daging kisar 1 tube bulat – daging lembu/ayam, di rebus sekejap agak-agak separuh empuk
Sebiji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih cincang
3/4 sb rempah kari
Garam, gula, perasa secukupnya

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bahan cincang hingga garing. Masukkan rempah kari, masukkan daging dan gaul rata.

2. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Masak hingga inti kering dan tapiskan supaya minyaknya tos.

3. Kalau nak guna daging berger pon boleh. Kaedahnya sama.

Resepi Oleh: Fatimah Ali dari FB Group MAHN