
Resepi Keluarga Ayam Golek Terengganu
Ayam golek terengganu, tak sempat nak bakar atas arang sebab ujan semalam. Saya hanya guna airfyer, salam perantau dari melaka sebab takleh balik kampung. Masak menu Terengganu pon dah bahagia rasanya.
Bahan-Bahan:
- Ayam seekor – dipotong 4
Bahan Untuk Kuah Ayam Golek:
Bahan A –
- 500 gm Santan pekat
- 3 sudu besar cili boh
Bahan B – Dikisar
- 3 labu Bwang besar
- 3 ulas Bawang putih
- 1 inci Halia
- 1 inci Lengkuas
- 1/2 inci kunyit hidup
- Sedikit belacan
Bahan C –
- 1 batang Serai – dititik
- 1 kerek kecil Nisang/gula melaka seketul kecil
- 2 Asam keping
- Halba sesudu kecil
Cara Memasak:
1. Satukan bahan A, B dan C (kecuali halba) di dalam periuk. Kacau sehingga pecah minyak dan pekat (boleh cramp kaki). Ada banyak resepi mereka letak tepung jagung nak pekatkan kuah tapi arwah nenek saya memang tak kasi letak. Kacau kuah tu sampai pekat katanya (pecah minyak), baru rasenya sedap.
2. Sebelum kuah nak pecah minyak, letak lah ayam dalam kuah. Separuh masak angkat ayam tu, sebab nanti kita nak bakar pula. Bila kuah dah cukup pekat, letak garam, balancekan sikit dengan gula dan sedikit halba (halba jangan banyak nanti pahit, masuk dekat-dekat nak masak).
3. Ayam tu dibakar pula atas arang, airfyer, oven, kuali ajaib, atau atas dapur gas tu. Masa saya kecik-kecik arwah atuk saya letak tudung periuk atas dapur gas tu, lepas tu guna pemanggang ikan tu. Bila dah garing, golek-golek ayam dalam kuah, lepas tu bakar semula. Ulang 2, atau 3 kali sampailah dapat hasil yang diingini.
Ni resepi dari arwah tok dan tokki saya. Mohon rakan-rakan dapat sedekahkan al-fatihah untuk arwah bak dan mie saya Hj Yusof Bin Besar & Hjh Maimunah@Fatimah Binti Awang.
Resepi Oleh: Suhaili Ramli