Resepi Kuih Lepat Jagung

Resepi Kuih Lepat Jagung

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 cawan santan
2 tongkol jagung dihiris
1 sudu kecil garam
daun pisang – dilayurkan dan potong kecil

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan kecuali jagung dan tapiskan. Masukkan jagung dan kacau rata.

2. Masakkan dengan api yang sederhana, sambil kacau adunan sehingga kental.

3. Panaskan kukusan. Ambil sesudu adunan dan letakkan atas daun pisang dan lipat.

4. Masukkan ke dalam loyang kukusan dan kukuskan selama 15 minit. Sejukkan dan hidangkan.