
Resepi Kuih Seri Muka Acuan Lompang
Sila kongsikan resepi ini saya halalkan dan saya izinkan ya.
Bahan Untuk Lapisan Bawah:
- 1 cawan beras pulut (kalau guna beras pulut yang biasa, rendam selama 1 jam, macam saya guna pulut susu so tak payah nak rendam-rendam. Cuci bersih beras pulut tu kemudian toskan airnya dan boleh terus kukus, lagi cepat dan mudah bila guna pulut susu ni yer)
- 1 Cawan santan cair (Kalau guna santan kotak yang 200ml tu, boleh letak setengah cawan santan kotak dan setengah cawan air disatukan bersama secubit garam dan 2 sudu minyak masak, kemudian gaul sebati. Kalau guna santan fresh tak perlu letak minyak masak ya)
+ Kemudian bolehlah dikukus sehingga pulut masak. Kalau nak guna rice cooker pun boleh masak macam masak nasi biasa.
Bahan Untuk Lapisan Atas:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan (200Ml)
- 3 Sudu besar tepung ubi (Kalau tak nak letak pun tak apa ya)
- 2 Sudu besar tepung jagung (kalau tak nak letak pun tak apa ya, macam saya, saya letak tepung ubi dan tepung jagung untuk bagi lapisan atas berkilat dan sedikit kenyal)
- 1 Biji telur gred A (Kalau guna telur gred B atau C boleh letak 2 Biji telur)
- 1 Cawan gula (Kalau tak suka manis boleh kurangkan gula kepada 3/4 cawan ataupun setengah cawan gula. Saya guna setengah cawan gula sahaja sebab tak berapa suka manis)
- 1 Cawan air daun pandan (5 atau 6 helai daun pandan diblender dengan secawan air kemudian ditapis)
- Secubit garam
- Sedikit pewarna hijau (Jika suka letak ya, jika tak suka letak pewarna tak perlu letak ya)
- Sedikit perasa pandan (Kalau tak ada ataupun tak nak letak pun tak apa ya)
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan untuk lapisan atas di dalam bekas dan gaul sebati sehingga tidak ada ketulan-ketulan tepung. Kemudian, tapiskan semuanya dan masukkan ke dalam kuali ataupun periuk untuk diwapkan seketika guna api perlahan je ok.
2. Selepas dah selesai, boleh la sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak dan bulat-bulatkan kecil beras pulut yang dah masak ke dalam acuan lompang. Guna acuan lompang satu lagi untuk menekan beras pulut di dalam acuan lompang tadi, tekan padat ya.
3. Setelah selesai kesemuanya bolehlah dituangkan untuk lapisan atas yang telah kita wapkan sebentar tad, tuang penuh acuan ya. Kalau cara saya, saya letak bahagian beras pulut separuh daripada acuan lompang dan untuk lapisan atas pon setengah acuan lompong.
4. Boleh lah dikukus selama 15 Hingga 20 minit dengan api yang perlahan. Kalau buka api besar nanti bahagian atas akan berlesung pipit lobang-lobang dan gelembung tak comel ok. Kita mesti nak kan lapisan atas cantik rata elok, jadi boleh guna teknik yang saya ajarkan.
Nota:
- Angaran boleh dapat dalam 20 biji kalau nak buat lebih dalam 40 atau 50 biji boleh gandakan adunannya ya.
- Saya suka guna acuan lompang sebab mudah untuk dikeluarkan. Kalau dekat loyang, time nak potong tu saya selalu gagal, comot-comot. Saya sukakan sesuatu yang kemas, tangan tak berseni faham-faham je la.
Resepi Oleh: Esya Lisya Ng