Nasi Butter ala KFC Dengan Chicken Chop
Bahan-Bahan Nasi ala KFC:
- Beras 2 cawan
- Butter 2-3 sudu besar
- Bawang putih 3 ulas*
- Bawang holland sebiji*
- Halia 2 inci, dihiris lebih kurang 2-3 keping.
- Susu cair 1/2 cawan
- Air ikut sukatan korang selalu guna, tapi kurangkan sikit sebab kita letak susu.
- Garam/kiub pati ayam
+ Blend bahan bertanda (*)
Cara Memasak:
1. Panaskan butter dengan api sederhana. Masukkan bahan blend dan halia, tumis sampai naik bau dan kekuningan. Masukkan air dan susu cair sampai mendidih.
2. Masa air dah mendidih tu kita masukkan beras yang dah dibasuh, kacau sekata. Ni cara saya masak nasi yang fancy fancy sikit ya. Nasi akan jadi elok berderai, tak lembik tak keras sangat.
3. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Saya sambung masak guna rice cooker je.
Bahan-Bahan Chicken Chop:
- Isi ayam – Saya guna 2 keping dada ayam.
- Sos tiram 1 sudu
- Bawang putih seulas ditumbuk
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan bread crumb (Saya guna yang putih)
- Telur sebiji
- Minyak
Cara Memasak:
1. Perap ayam dengan bahan perap (sos tiram dan bawang putih) sekurang kurangnya 1/2 jam. Campur tepung jagung dan bread crumb.
2. Salut ayam yang diperap dengan tepung dan bread crumb. Celup dalam telur, salut sekali lagi dalam campuran tepung dan bread crumb.
3. Goreng deep fry sehingga keemasan. Boleh goreng fries sebelum goreng ayam.
Bahan-Bahan Sos Blackpaper:
- 2 sudu butter
- 1 biji bawang holland didadu
- 1 sudu tepung jagung
- Sos tiram
- Kicap manis (saya campur sikit dengan kicap karamel tamin untuk warna kuah yang gelap)
- Cendawan butang dihiris
- Serbuk lada hitam
- Air
- Garam/serbuk perasa (saya tak letak sebab dah masin)
Cara Membuat:
1. Panaskan butter, masukkan bawang holland. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung dan kacau sekata. Masukkan air. Biar mendidih.
2. Lepas air mendidih, masukkan sos tiram, kicap manis + kicap karamel, dan serbuk lada hitam. Adjust kuah ikut kepekatan yang korang nak.
3. Lepas kuah dah mendidih, biarkan sejuk, kemudian blend kuah untuk tekstur kuah yang lebih cantik.
4. Masukkan balik kuah ke dalam periuk, masukkan cendawan butang, kacau kacau sehingga mendidih. Sedia untuk dihidang bersama nasi dan chicken chop tadi.
Resepi Oleh: Naqiyah Sidek