Kuih Muih

Resepi Kuih Seri Ayu Coklat

resepi-kuih-seri-ayu-coklat

Resepi Kuih Seri Ayu Coklat

Sedih rasa dah lama tak guna acuan kuih seri ayu ni, banyak-banyak buat sudah-sudah sepinggan ni je yang elok keluar tak lekat pada acuan walaupun dah sapu minyak sebelum buat. Agaknya acuan kalau dah lama memang meragam kot. Nasib rasa tetap sedap dan habis dimakan. Tapi saya tetap nak kongsikan resipi sebab sedap seri ayu resipi mak saya ni.

Bahan A:

  • 3/4 cup gula merah
  • 3/4 cup gula pasir
  • 2 1/2 cup tepung gandum
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1/4 cup serbuk koko
  • 3 biji telur gred A (dibuang punat supaya tak hanyir)
  • 1 1/2 tsp ovalette
  • 1 cup santan (100 ml santan pekat/kotak campur sedikit air)

Bahan B:

  • Kelapa parut putih 1 biji atau secukupnya
  • Sedikit garam
  • 2 tbsp tepung gandum

Cara Membuat:

1. Sapukan acuan dengan minyak masak. Satukan bahan B dan gaul rata. Kemudian mampatkan separuh daripada bahagian acuan.

2. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. Putar telur dan gula sehingga kembang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cucur Jawa

3. Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga kembang dan kelihatan gebu (lebih kurang rupa dalgona tu la).

4. Seterusnya, masukkan tepung dan santan secara berselang-seli. Sendukkan adunan ke dalam acuan.

5. Kukus dalam 15 minit dengan api besar (Pastikan pengukus dah dipanaskan terlebih dahulu dan penutupnya dibalut dengan kain).

Resepi Kuih Seri Ayu Coklat

Resepi Oleh: Nor Azaliza Tarmizi