Resepi Kuah Hitam dan Merah Yong Tau Foo
Mende sedap Dan menjadi kita Repeat lagi Yong Tau Foo.
Resepi Kuah Hitam
Bahan-Bahan:
- 2 sudu besar Taucho Jalen
- 3 sudu besar kicap pekat Jalen
- 3 sudu besar sos tiram Jalen
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar gula
- 3 cwn air
- 1/2 keping nisang/gula melaka (hiris halus)
Cara Membuat:
1. Masukan semua bahan dalam blender dan blender bagi taucho halus dan lumat,.
2. Dah siap blender, masak atas dapur sehingga kuah pekat. Sentiasa kacau ye supaya kuah tidak berketul, api jangan kuat sangat. Bila kuah dah pekat tutup api ye.
Resepi Kuah Merah
Bahan-Bahan:
- 1/2 cawan kacang tanah yang di sangai sehingga masak *
- 1 sudu besar tepung gandum *
- 1 sudu besar tepung jagung *
- 5 sudu besar gula *
- 3 cawan air *
- 1 sudu kecil garam *
- 2 sudu besar cili kering blender
- 2 sudu besar sos cili Jalen
- 2 ulas bawang putih (bawang diketuk)
- Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Membuat:
1. Blender semua bahan Yang bertanda (*) sehingga kacang tanah betul-betul lumat.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis 2 ulas bawang putih yang diketuk. Masukkan cili kering dan sos cili jalen. Tumis Sehingga naik bau dan cili masak ye.
3. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang di blender tadi, masak sehingga kuah sedikit pekat. Bila dah cukup rasa boleh lah tutup api gas.
Cara Menghidang Yong Tau Fu:
1. Celur sosej, bebola dan apa-apa sahaja ye sehingga masak, dah masak boleh potong-potong.
2. Bahan-bahan sampingan, kangkung celur sampai layu, bijan sangai sehingga keperangan. Boleh juga letak kacang tanah yang dihancurkan.
3. Letak kuah hitam dan kuah merah diatas bebola dan sosej, tabur bijan dan kacang tanah hancur. Sedia untuk dimakan. .
Semoga rasepi nie bermanfaat, selamat mencuba
Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman