Kuih Muih

Resepi Kuih Seri Ayu Durian

resepi-kuih-seri-ayu-durian

Resepi Kuih Seri Ayu Durian

Bahan-Bahan: (sukat guna cawan metrik)

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula – Akak letak 3/4 cawan gula je
1 cawan santan
2 biji telur gred B
2 ulas durian (ulas yang sederhana besar)
1 sudu kecil ovellete (penuh sudu)
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna kuning telur
1 biji kelapa parut putih + sedikit garam + 1 sudu tepung gandum – Gaul rata

Cara Membuat:

1. Gaul santan dengan isi durian (buang biji) hingga rata, ketepikan.

2. Mix gula dengan telur hingga kembang, berhenti sekejap. Masukkan ovellete serta pewarna kuning telur dan esen vanilla.

3. Sambung mix hingga rata. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan durian. Mix lagi bagi sebati.

4. Panaskan kukusan hingga mendidih. Sementara tu acuan seri ayu sapu dengan sedikit minyak. Sudukan sedikit kelapa dalam acuan dan tekan kemas. Tuang adunan sama paras acuan.

5. Buat sehingga habis adunan. Susun dalam pengukus dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana besar.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bingka Susu Cheese

6. Agak dah suam, boleh keluarkan kuih seri ayu dari acuan. Sedia untuk dimakan.

Resepi Oleh: Zura Zul dari MAHN