Resepi Cheesekut Crackers Luar Biasa
Bila dah jadi memang luar biasa gitew. Angah cakap level hotel-hotel. Alhamdulillah sedap tak boleh bawa bercakap, nanti hilang nikmat. Sekejap dah siap.
Bahan-Bahan:
- 250gm cream cheese – suhu bilik *
- 200gm susu pekat manis *
- 25gm fresh milk/full cream milk/susu cair *
- 24-30 keping biskut tawar lemak hup seng
- 1 cawan milo – untuk ditabur
- 1 paket oreo saiz panjang – hancurkan untuk ditabur
- 1/2 cawan fresh milk – untuk celup biskut
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan bertanda (*) dan putar hingga berkrim. Sediakan bekas atau loyang ikut citarasa.
2. Step melapis, ambil biskut celup ke dalam susu kemudian susun menutupi dasar loyang.
3. Letak cream cheese di atasnya dan ratakan. Tabur pula milo dan biskut oreo hancur. Ulang step yang sama hingga biskut habis.
4. Akhir sekali semua dah siap simpan di dalam peti ais lebih 4 jam atau sehingga cheesekut keras dan boleh dipotong.
Nota:
- Boleh guna bekas/container seperti taufu-fa atau aluminium atau bekas yang sesuai. Cara makan boleh sudukan terus tak perlu potong.
- Dekorasi ikut kreativiti masing-masing, boleh siram coklat ganache atau apa sahaja.
- Jika tiada mixer boleh guna blender untuk kisar bahan bertanda di atas.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish