Resepi Kepak Ayam Bakar Madu Mudah

Resepi Kepak Ayam Bakar Madu Mudah

Resepi Bajet, Mudah & Sedap! Jom!

Bahan-Bahan:

Untuk Kepak Ayam –

  • 500g kepak ayam
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 sudu teh italian seasoning
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1 sudu teh garam

Untuk Glaze –

  • 2 sudu besar butter cairkan
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 sudu teh italian seasoning
  • 2 sudu besar madu

Topping – Daun bawang

Cara Membuatnya:

1. Bersihkan ayam. Dalam mangkuk besar, satukan kepak ayam, minyak, serbuk bawang putih, italian seasoning, dan garam. Gaul hingga sebati dan kemudian perapkan selama 1 jam atau lebih.

2. Kemudian, susunkan ayam di dalam dulang pembakar yang dialaskan dengan kertas foil. Panggang kepak ayam 15 minit pada suhu 200c terbalikkan kepak ayam. Kembali ke ketuhar dan bakar lagi selama 15 minit.

3. Sementara kepak ayam masak, buat bahan glaze. Cairkan butter dalam kuali kecil di atas api yang sederhana tinggi. Setelah cair, masukan bawang putih dan italian seasoning dan masak sehingga naik bau. Masukkan madu dan kacau hingga rata.

4. Setelah kepak ayam masak sepenuhnya, keluarkan dari oven. Terbalikkan semua kepak ayam ke bahagian atas dan berus dengan glaze. Masuk balik dalam oven bakar “broil”kan selama 4 minit, siap. Hidangkan segera, dihiasi dengan daun bawang yang dicincang.

Resepi Kepak Ayam Bakar Madu Mudah

Resepi Oleh: Lina Thomas