Puding

Cara Buat Puding Marble Vanila Coklat

cara-buat-puding-marble-vanila-coklat

Cara Buat Puding Marble Vanila Coklat

Teringin nak makan puding marble ni. Salah satu resepi jualan kita dulu. Cuba la uolss buat makan-makan or jual musim covid ni pon bagus sangat. Nak buat jenis kaler-kaler pon cantik.

Bahan-Bahan:

  • 37 gm agar-agar tali (1 tahil)
  • 6 gelas air (1300 ml)
  • 2 cawan gula pasir (ikut kemanisan)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/2 cawan serbuk koko (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam

Cara Membuat:

1. Masak agar-agar dengan air. Setelah agar hancur baru masukkan gula dan secubit garam. Masukkan telur, kastard ke dalam susu cair. Pukul sebati.

2. Masukkan adunan telur susu cair tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang) ke dalam agar-agar. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.

3. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian, masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.

Cuba Resepi Ni:  Pudding Strawberry Nyaman Rasa Tekak Menikmatinya

4. Apabila angkat, tuang kedua-dua bahan secara berselang seli di dalam loyang. Boleh disimpan terlebih dahulu dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Nota: Tips tak nak agar-agar melekat, sapu air dulu di dalam loyang atau bekas.

Cara Buat Puding Marble Vanila Coklat

Resepi Oleh: Tuan Adriana Arissa