Resepi Kuih Puteri Ayu Gula Melaka
Bahan A:
- 100 gm kelapa parut putih
- Secubit garam
- Sedikit tepung jagung
- 2 helai daun pandan – digunting-gunting
Cara Buat:
1. Panaskan kukusan. Satukan semua bahan dan gaul rata. Masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 10 minit.
2. Buangkan daun pandan dan sejukkan. Ketepikan.
Bahan B:
- 80 gm gula Melaka
- 80 gm air
- 3 helai daun pandan – digunting-gunting
Cara Buat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dengan api sederhana, kacau sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Minyakkan acuan PUTERI AYU, masukkan sedikit kelapa parut yang dah dikukus tadi ke dalam dasar acuan. Tekan-tekan supaya mampat. Buat sampai habis. Ketepikan.
Bahan C:
- 2 biji telur
- 50 gm gula castor
- Secubit garam
- 40 gm santan kotak
- 100 gm tepung self-raising
Cara Buat:
1. Dengan menggunakan mixer, pukul telur, gula dan garam sehingga pekat. Tuangkan air gula Melaka dan pukul lagi hingga rata.
2. Kemudian, masukkan pula santan dan kacau lagi hingga sebati. Matikan mesin. Ayakkan tepung ke dalam adunan.
3. Gaul perlahan-lahan menggunakan spatula hingga sebati. Sudukan adunan hingga penuh ke dalam acuan yang telah diisikan dengan kelapa parut tadi.
4. Kukus selama 15 minit dengan api yang besar. Bila dah masak, biarkan kuih di dalam acuannya selama 5 minit. Setelah itu, baru lah di keluarkan dan dihidangkan.
Resepi Oleh: Aini Binte Madon