Laksa

Resepi Laksa Kari Masakan ala Chineese Noodles

resepi-laksa-kari-masakan-ala-chineese-noodles

Resepi Laksa Kari Masakan ala Chineese Noodles

Curry laksa atau laksa kari ni adik beradik mi kari fusion. Resepi gabungan mi dan bihun makan dengan kuah kari serta sambal. Kira ala Chinese noodles jugak ni.

Bahan Kisar (Sambal):

  • 1 labu bawang besar atau 8 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 20 biji ciili kering direbus
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji buah keras
  • 1-5 inc lengkuas
  • 1-3 inc halia
  • 1-2 inc kunyit hidup
  • 2 sdm udang kering (direndam hingga lembut)
  • 1/2 sdm belacan

Bahan-Bahan Kuah:

  • 2 keping dada ayam
  • 500g udang saiz besar/sederhana
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sdm serbuk kari
  • 1 sdm serbuk rempah ketumbar
  • 3 liter air
  • 2 btg serai diketuk
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam, gula & kiub ayam sebagai perasa

Bahan-Bahan Pelengkap:

  • 500g mi kuning dicelur
  • 300g bihun dicelur
  • Kacang panjang dicelur & dipotong pendek
  • Taugeh dicelur
  • Fishcake dihiris
  • Tauhu pok/fish tauhu
  • Isi ayam dicarik-carik
  • Udang bersama sambal
  • Limau kasturi

Cara-Cara Memasak:

1. Didalam periuk yang sesuai, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan serbuk rempah. Kacau sekali sekala hingga elok masak serta pecah minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Laksa Sarawak

2. Kemudian masukkan udang. Tumis lebih kurang 5 minit hingga udang elok masak. Angkat udang bersama sedikit bahan tumis (sambal) dan ketepikan sebagai bahan pelengkap. Tinggalkan baki sambal untuk dimasak menjadi kuah (Reserve as a topping).

3. Di dalam periuk yang sama masukkan air, dada ayam dan serai, kacau hingga kuah sebati dengan baki sambal tadi. Besarkan api hingga kuah mendidih. Kemudian kecilkan api dan renihkan kuah selama 25-30 minit.

4. Masukkan santan dan bahan perasa, fishcake, tauhu pok dan biarkan mendidih lagi. Balancekan rasa jika ok tutup api. Keluarkan fishcake dan dada ayam, carik-carikkan. Kuah sedia dinikmati bersama bahan pelengkap. Hepi meneraiiii.

Resepi Laksa Kari Masakan ala Chineese Noodles

Resepi Oleh: Kak Roy