Resepi Kuih Puteri Ayu Gebus
Orang lain sibuk dah makan tengahari. Kita baru nak buat kuih. Pertama kali mencuba ni. Nasib Allah bagi jadi. Takde la malu kat suami yang duk tengok kita berkobar-kobar nak buat kuih. Alhamdulillah gebus elok. Sedap.
Bahan-Bahan:
- 125 ml susu full cream/santan +
- 3-4 helai Daun Pandan
- ½ sudu teh Emulco kelapa pandan
- 2 biji telur gred A
- ½ cawan gula kastor (boleh tambah jika suka manis)
- 1 sudu makan ovalette
- ½ sudu teh K.Fine/S.Cream *
- ½ sudu teh pewarna hijau epal – optional
- 150 gram Tepung Gandum
- ½ sudu teh serbuk penaik (double action)
- Kelapa Parut
- Sedikit Garam
- Tepung Jagung
Cara Buat:
1. Hiris halus Daun Pandan dan dikisar bersama susu/santan kemudian ditapis. Kemudian masukkan Emulco dan dikacau sebati. Ketepikan.
2. Mix telur sehingga kembang kemudian masukkan ovalatte dan gula. Pukul lagi sebentar sehingga adunan sebati. Kemudian boleh masukkan K.Fine jika mahu dan pukul semua sekali lagi hingga kembang gebu. Adunan menjadi ringan.
3. Boleh masukkan pewarna jika mahu. Slowkan mixer dan masukkan pewarna. Kemudian masukkan santan/susu tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan tepung. Bila dah siap ketepikan sebentar. Saya biarkan adunan rehat selama 1 jam.
4. Sementara itu campurkan kelapa parut bersama dengan tepung jagung dan garam. Selepas itu sapukan minyak pada acuan dan masukkan kelapa parut dan tekan kelapa sehingga padat ke dalam acuan.
5. Kukus sebentar acuan yang berisi kelapa tadi untuk memastikan kelapa parut tahan lama. Kemudian boleh diisi adunan separas acuan dan di kukus selama 10 minit.
6. Bila kuih dah masak keluarkan acuan puteri ayu dari pengukus. Biarkan sedikit suam dan tolak tepi sekeliling acuan supaya puteri ayu lekang dan mudah ditanggalkan.
7. Siap resepi kuih puteri ayu gebus, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Ika Zul