Resepi Butter Chicken Biryani
Bila tengok video “Resepi Butter Chicken Biryani” dan terjebak nak mencubanya. Saya memang suka guna metod asapkan nasi untuk berikan perisa yang unik seolah makan nasi kenduri.
Senang buat, bahan tak banyak, dan antara cara nak gunakan lebihan bawang goreng, kalau terbuat banyak. Cepat saja buatnya. Tak perlu ke restoran dah, inshaAllah.
Bahan Butter Chicken:
- 2 dada ayam di dadu (bite size)
- 2 camca besar pes bawang putih dan halia
- 1/2 cawan yogurt pekat
- 1/2 cawan gajus di kisar halus
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 cawan bawang goreng
- 1 cawan tomato dalam tin (saya kisar halus)
- Segenggam daun ketumbar dan pudina, hiris
- Garam gula untuk rasa.
Cara Buat:
1. Campurkan bahan di atas semua dan perap sebentar.
2. Panaskan 2 sudu besar butter dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan, masukkan ayam dan perapan.
3. Masak hingga kuah pekat dan ayam lembut. Rasa dan adjust masin, masam manis.
Cara Buat Nasi Biryani:
1. Panaskan arang hingga jadi bara.

2. Rendam beras basmati selama 30 minit. Panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Toskan beras basmati tadi. Masukkan dalam air bergaram yang dah mendidih. Rebus beras 15 -20 minit (beras agak masak bila digigit). Toskan air beras dan biarkan beras dalam tapis.

3. Dalam periuk lain, panaskan minyak sapi atau minyak zaitun. Letakkan kentang hiris di bawah. Goreng hingga agak masak. Biar lapisan kentang di bawah. Letak separuh nasi. Tabur sedikit daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng. Letakkan ayam dan kuahnya atas nasi. Letak dua camca krim masakan atas ayam.

4. Letakkan lebihan nasi atas ayam. Renjiskan atas nasi dengan sedikit susu panas dan saffron (saffron tu direndam dalam susu). Tabur sedikit lagi daun ketumbar dan daun pudina dengan bawang goreng atas nasi.
5. Asapkan nasi (letak cengkih dan minyak sapi dalam bekas aluminium. Letak tengah nasi, letak arang dalam minyak sapi). Tutup periuk dan masak dalam oven 150 darjah sejam.

Resepi Oleh: Ida Alina Salleh