Kuih Muih

Resepi Puteri Ayu Jagung

resepi-puteri-ayu-jagung

Resepi Puteri Ayu Jagung

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonat

+ Ayak bahan di atas

2 biji telur
1 cawan gula halus
1½ sudu kecil ovalete
2 sudu besar krimer jagung
1 sudu besar perasa jagung
1 cawan santan pekat
Pewrna kuning
1 biji Kelapa parut (putih sahaja) dikukus dahulu
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukupnya

Cara Membuat:

1. Campurkan santan pekat, krimer jagung, dan perasa jagung. Kemudian, di kisar hingga isi jagung hancur.

2. Pukul telur dan gula halus hingga sebati. Masukkan ovalete dan ukul lagi hingga kembang dan gebu.

3. Perlahankan mixer, masukkan sedikit demi sedikit santan kisar tadi dan tepung gandum berselang seli. Ulang hingga habis.

4. Titiskan pewrna kuning sedikit dan kacau secara kaub balik hingga adunan sebati.

5. Isikan kelapa parut dalam acuan. Tekan dan padatkan. Kemudian, tuang adunan tadi dan Kukus selama 10 minit atau hingga puteri ayu masak dengan api yang sederhana.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Tradisi Johor Belebat Ubi

Resepi Oleh: Noraslinda Md Radzhi – MAHN