Kuih Muih

Resepi Kuih Lopes Pulut Tok Aji

resepi-kuih-lopes-pulut-tok-aji

Resepi Kuih Lopes Pulut Tok Aji

Putih bersih je kan?. Saje tak mau warna, tu namanya lopes pulut Tok Aji. Masa masak pulut simpulkan daun pandan aje. Wangi dan sedapnya.

Saya buat cara saya JAA, tak tepek dalam loyang, pulut masak terus tenyeh dalam acuan bentuk bulat. Saya guna tutup botol nutella, tutup botol mayonis pun boleh atau apa-apa tools yang bentuk bulat. Nak bentuk lain pun boleh, ikut citarasa.

Bahan A: Pulut

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 1/2 cawan santan *
  • 1 sudu teh air kapur *
  • 1/2 sudu teh garam halus *
  • 1 helai daun pandan disimpul *

Bahan B: Sirap gula melaka/merah

  • 1 1/2 cawan gula merah cap bintang
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 cawan air
  • 1 helai duan pandan disimpul

Bahan Lain: 1/2 biji kelapa parut putih – dicampur secubut dua garam halus dan kukus sebentar supaya kelapa tak cepat basi.

Cara Membuatnya:

1. Cuci beras pulut toskan air, kemudian letak ke dalam loyang atau bekas tahan panas yang selesa.

2. Masukkan bahan bertanda (*) dan kacau sebati dengan pulut, kukus 20 ke 30 minit atau hingga pulut masak.

3. Sediakan apa-apa acuan bentuk bulat, saya guna tutup botol nutella, angkat pulut terus dimampatkan dengan sudu (guna sudu ye pulut panas) di dalam tutup nutella ni.

4. Golek dengan kelapa, buat hingga pulut habis. Satukan semus bahan B di dalam periuk masak hingga mendidih.

5. Cara hidangan, letak pulut dan siram sirap gula melaka/merah sedia dinikmati.

Resepi Kuih Lopes Pulut Tok Aji

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish