Kuih Muih

Resepi Kuih Cubit

resepi-kuih-cubit

KUIH CUBIT coklat & keju untuk juadah minum petang. Lembut dan sedap rasanya. Kuih ni femes di negara jiran dan banyak dijual di tepi jalan. Nama “cubit” tu sebab peniaga yang buat kuih ni menggunakan sepit untuk mengambil kuih dari acuannya, macam dicubit.

Acuan yang digunakan seperti acuan kuih cara bulat. Tapi ada juga yang guna acuan kuih bahulu. Saya tak ada acuannya, jadi saya guna acuan tart yang diletak atas kuali leper dan masak atas api dapur. Sesiapa nak cuba saya share resepinya. Boleh untuk menjamu selera bersama keluarga atau untuk dijual menambah variasi kuih yang sedia ada.

Resepi Kuih Cubit

Bahan-Bahan:

150 gram tepung gandum
100 gram gula pasir
2 bj telur
100 ml susu UHT
1 sdk baking powder
1 sdk essen vanila
1 sdm mentega cair
topping sesuai selera – contoh, coklat urai, kismis, keju (potong atau parut)

Cara Membuat:

1. Campur semua bahan, kacau menggunakan whisk hingga licin tak bergentel.

2. Diamkan adunan selama 15-20 minit supaya baking powder bekerja maxima.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cucur Jawa

3. Panaskan acuan yang telah digris dengan minyak atau marjerin. Guna api paling kecil supaya bahagian bawah kuih tak hangus.

4. Tuang adunan ke dalam acuan, tunggu hingga hampir masak, letak topping. Tutup sekejap hingga masak sepenuhnya. Angkat kuih. Siap untuk dihidang.

Resepi Oleh : Eka Zahra – MAHN