
Resepi Mini Donut Snowball
Bahan-Bahan:
2 + 1/2 sudu gula
2 + 1/2 sudu susu manis
1 + 1/3 cawan air suam (jangan panas, nanti yis meninggal, jangan sejuk nanti yis bantut)
1 paket yis mauripan
500 gm tepung gandum
2 + 1/2 sudu butter/planta
1 sk garam
1 sudu baking powder
minyak untuk menggoreng
gula aising
Cara Membuat:
1. Satukan air suam, susu manis, gula dalam gelas tinggi atau jag. Kacau sampai semua larut. Masukkan yis. Kacau dan tutup bekas. Biar dia mengembang berbuih berkali kali ganda dalam 15 minit. Kalau tak berbuih, maknanya tak jadi ya. Yis mati (air terlalu panas) atau terbantut (air sejuk).
2. Dalam besen, satukan tepung, baking powder, dan garam. Kacau dengan tangan sampai sebati. Masukkan butter suhu bilik. Ramas hujung jari sampai jadi macam serbuk roti.
3. Masukkan adunan yis yang berbuih tadi dalam tepung. Uli rata. Adunan memang agak lembik. Tapi uli je.
4. Tutup besen. Biar kat tempat yang agak panas. Selepas 1 jam, doh akan naik 1 kali ganda.
5. Tumbuk-tumbuk doh. Tabur tepung gandum atas papan canai. Uli adunan atas papan canai. Selagi melekat, tabur sikit tepung.
6. Bila dah okey, bulatkan kecil-kecil. Susun atas loyang yang dah ditabur tepung. Buat sampai habis. Biar lagi sejam. Bebola bebola ni akan naik sekali ganda lagi.
7. Panaskan minyak. Guna api perlahan. Goreng donut sampai kekuningan. Toskan minyak.
8. Tabur gula aising sekeliing donut. Nak guna gula castior/gula halus pun boleh. Done.
Resepi Oleh: Nur Fakhira Mohd Rosli