Ikan, Makanan Laut

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

resepi-asam-pedas-ikan-pari

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-Bahan:

Ikan Pari
Halba
3 Batang Serai
3-4 Helai Daun Limau Purut
Air Asam Jawa
Daun Kesom
Bunga Kantan

Bahan Kisar –

Cili kering segenggam
Bawang besar 3 ke 4 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 2 inci
Kunyit hidup 1 inci
Lengkuas 1 inci

Cara Memasak:

1. Tumis dulu sesudu halba baru masukkan bahan kisar/blend. Masukkan sekali serai 3 batang, daum limau purut 3 4 helai.

2. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ikan gaul sekejap. Masukkan air asam jawa. Cair atau pekat air asam jawa, ikut nak pekat ke nak cair asam pedas tu.

3. Masukkan daun kesom banyak-banyak, serta masukkan bunga kantan sekuntum belah dua. Perasakan siap.

Tip:

1. Asam pedas ni kalau nak bagi pekat, bahan blend tu kena sama banyak dengan ikan. Contoh kalau ikan tu dalam semangkuk, bahan blend pun semangkuk.

2. Lepas tu air asam jawa tu pun pekatkan. Jangan ikan sekilo bahan blend secoet je. Mana nak sedap. Selamat mencuba.

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Resepi Oleh: Siti Fatimah