Resepi Kuih Cara Sekaya Bunga Telang
Akak buat kuih cara manis bunga telang dengan inti sekaya. Sedap rasa kaya ball.
Bahan-Bahan:
- 1 cup tepung gandum
- 1 biji telur dipukul sedikit
- 1/2 cup air bunga telang
- 1/2 cup santan kotak
- 1 1/2 cup air
- 1/4 tsp garam
- 1 penutup kecil esen pandan
- Inti sekaya secukupnya – sekaya akak frozenkan jadi mudah untuk disudukan nanti
Cara Membuat:
1. Di dalam pengisar, satukan telur, air bunga telang, santan, 1 cup air, garam dan esen pandan. Kisar semua bahan.
2. Masukan pula tepung, sedikit demi sedikit semasa mengisar bersama baki 1/2 cup air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan nampak tidak terlalu pekat atau cair. Air tak semestinya habis. Masukkan adunan ke dalam jag kecil.
3. Panaskan acuan cara dan sapukan sedikit minyak. Masukan adunan diikuti dengan inti sekaya sebanyak 1/2 sudu kecil. Tutup acuan cara untuk cepatkan proses memasak dan masak sekata. Guna api kecil sahaja.
4. Kuih cara sudah masak bila mudah untuk dikeluarkan dari acuannya dan bahagian atasnya nampak elok masak. Keluarkan dari acuan dengan cungkilkan dibahagian tepi dengan lidi. Hepi menerai.
Resepi Oleh: Keroroyz Royz