Ayam, Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Tumis Tomyam Buffalo Wings

resepi-sambal-tumis-tomyam-buffalo-wings

Resepi Sambal Tumis Tomyam Buffalo Wings
⁣⁣
Bahan-Bahan:

  • 1 paket Miker Breaded Buffalo Wings ⁣⁣
  • 1 cawan minyak masak⁣⁣
  • 3 ulas bawang putih (hiris)⁣⁣
  • cili api secukupnya (hiris)⁣⁣
  • sedikit air⁣⁣
  • 1 paket Perencah Tomyam Adabi ⁣⁣
  • 1 sudu gula perang⁣⁣
  • 1/2 sudu kecik jus limau⁣⁣
  • 1 sk Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi ⁣⁣
  • 3 helai daun limau purut (buang tulang belakang)⁣⁣
  • sedikit daun ketumbar hiris⁣⁣

Cara Memasak:

1. Pastikan buffalo wings dah di defrost atau dikeluarkan satu jam awal dari peti sejuk.

2. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Tekan sikit bahagian tengah ayam supaya masak bahagian dalam.

3. Bila dah garing, angkat dan toskan minyak. Guna kuali yang sama, tinggalkan sesudu sahaja minyak.⁣⁣

4. Hiris halus bawang putih dan cili api. Tumis sehingga naik bau. Tambah sedikit air dan masukkan perencah tomyam, gula perang, jus limau dan serbuk nasi goreng ayam. Kacau rata.

5. Tambah daun limau, kacau sampai agak kering. Masukkan buffalo wings goreng tadi. Kacau sampi sebati dan semua tersalut. Tutup api dan siap!.

Resepi Sambal Tumis Tomyam Buffalo Wings

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo⁣⁣