Kuih Muih

Resepi Kuih Cara Perisa Strawberi

resepi-kuih-cara-perisa-strawberi

Resepi Kuih Cara Perisa Strawberi

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum
1 biji telur.. Pukul dulu
2 cawan santan/susu cair
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit pewarna strawberi oil base/rose pink
Sedikit perisa strawberi
Filling strawberi

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan diatas kecuali filling dalam bekas. Kacau rata dan tuang dalam blender. Blend hingga hancur halus, kemudian tuang dalam jag kecil.

2. Panaskan acuan cara. Api kecil, kemudian, acuan dioles dengan sedikit minyak.

3. Tuang sedikit adunan cara dalam acuan. Paipkan filling strawberi, tuang semula adunan cara hingga penuh acuan. Tutup dengan tudung periuk.

4. Agak-agak dah nampak adunan cara naik serta nampak sedikit kekuningan kat tepi-tepi kuih, bolehlah diangkat dan keluarkan dari acuan.

5. Hidangkan, sedap makan kuih cara ni masa tengah suam.

Resepi Oleh: Zura Zul – MAHN