Teringat mak, dulu mak suka masak gulai, tak gulai sambai tomeh, mesti ada sambai belacan, ulam petai, jering, genuak sebab arwah ayah suka makan ulam tu, ayaq asam cecah kangkung celuq.
Harini kami masak Gulai Ikan Tenggiri, merah nyala memang Tergoda. Ayaq Asam cecah Kangkung Celuq geget-geget cabai melaka tu adoi berpeluh.
Resepi Gulai Ikan Tenggiri
Bahan-Bahan & Cara Memasak:
6 keping ikan tenggiri
Bahan hiris
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia.
Bahan tumis
Daun kari
1 sdb halba campur.
Tumis dulu bahan hiris masukkan juga daun kari biar garing tapi tidak hangit, baru masukkan halba campur. Perlahankan api supaya halba tak meletup-letup, kemudian baru masukkan bahan-bahan kisar.
Bahan kisar dengan 1 cawan air
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas jari lengkuas
1 batang serai.
Masak sampai wangi dan air sedikit menyusut, masukkan pula 2 sudu besar cili kering kisar. Masak lagi 15 minit, tambah sedikit air jika kering kemudian masukkan 6 sudu besar serbuk kari Babas yang pedas yang dicampur dengan sedikit air dulu (jadikan pes).
Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok, lagi lama lagi elok karinya. I memang masak kari agak lama dengan menggunakan api perlahan. Masak biar sampai pecah minyak.
Tambah sedikit air supaya tak hangit. Masukkan air asam jawa sebanyak segenggam asam. Tambah air untuk lebih berkuah, masak lagi sehingga mendidih. Tambah 1/2 -1 kotak kecil santan kotak.
Masukkan garam/serbuk secukup rasa megi. Masukkan bendi, Masukkan ikan. Biar ikan masak. Tambah tomato dan cili hijau di akhir sekali supaya tomato tak lembik. Terung bulat ditambah jika suka.
Resepi Oleh: Makcik Ratu – MAHN