Kuih Muih

Resepi Kuih Cara Inti Serunding Kentang

resepi-kuih-cara-inti-serunding-kentang

Resepi Kuih Cara Inti Serunding Kentang

Buat minum petang hari ni KUIH CARA SERUNDING KENTANG, buh inti banyak-banyak puas hati makan.

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan KARA (santan + air = 2 cawan)
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdk serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning

Bahan-Bahan Inti Kentang:

  • 4- 5 biji kentang dipotong dadu
  • 4 ulas bawang merah- ditumbuk lumat
  • 3 ulas bawang putih “
  • 3 sdb serbuk kari daging
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit garam dan gula
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Bahan Taburan:

Cara Membuat:

1. Tumis bawang hingga kekuningan. Masukkan rempah kari dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan kentang dan air.

2. Masak hingga kentang betul-betul empuk dan inti sedikit kering. Masukkan kiub ayam, garam dan gula. Siap. Sejukkan sebentar.

3. Cara buat kuih cara; Satukan semua bahan tepung. Whisk kan hingga halus dan tapis. Panaskan acuan dan sapukan minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Lapis Pandan Koko

4. Tuang adunan dalam acuan. Letakkan inti kentang diikuti bahan-bahan taburan seperti serunding daging, daun sup dan hirisan cili.

5. Akhir sekali, tutup acuan dengan tudung periuk. Biarkan hingga masak. Bolehlah angkat dan siap untuk dihidangkan.

Resepi Kuih Cara Inti Serunding Kentang

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar